Sunday, June 14, 2009

:::menanti sebuah kegagalan::

Kegagalan bagi aku bukan episode baru dalam kamus hidup aku.Hari2 aku berdepan dengan kegagalan.Dan kegagalan itu yang mengajar aku utuk terus berjuang!Aku tak kisah..selagi itu di namakan hidup...selagi itulah kegagalan itu wujud dan ada!Tapi sebagai manusia biasa,kita perlu tempuhnya..kerana setiap kegagalan pasti ada kejayaan yang terindah dalam diri ini.

Bagi aku sebuah kejayaan yang manis,pasti timbul nya sebuah kegagalan yang pahit.Sepahit mana pun kegagalan itu,semanis itu lah kejayaan yang diterima.Apa yang penting dalam diri ini adalah usaha dan tawakal..Selagi kita usaha tp tidak diselangkan dengan tawakal dan doa...usaha itu sia2 jugak.Apa yang penting Redha.Itu yang terbaik..

Good Luck BIA 08...:)

Tuesday, January 27, 2009

...Aku masih disini...

Salam..
Setelah sekian lama aku menyepi (malas sebenarnya nak tulis blog nie) akhirnya kembali menulis.Tetibe pulak rasa nak tulis blog.Dah lama agaknya bersarang blog aku..so aku tulis ah sikit utuk mereka yang sudi membaca..
Kiranya nak dekat sebulan dah,semester aku bermula,tapi ape yang aku blajar pun tak tau..Nie lepas raya nie,nak kena submit proposal Final Project + Thesis Chapter 1 ( dah bengkak otak duk pikir project n thesis,smp satu tahap nak bergenang air mata aku dibuatnya.ishish..)tp,nak buat macam mana,inilah namanya belajar.Kalau tak aku tak dapt rasa semua nie,susah senang belajar..
Anyway,
Kekuatan + Kesungguhan + Keyakinan + Tawakal =KEJAYAAN.
Inilah agak formula yang perlu ada untuk berjaya.Susah senang tu lah pengajaran yang terbaik untuk diri aku sendiri.
Untuk kawan2..sama2 lah kita tempuh saat genting nie..n terus berjuang.Good Luck U All..

Wednesday, December 10, 2008

Raya Korban


Pada hari sabtu hari tu,aku n pakcik aku pulang ke kampung di Terengganu pada pukul 9.00 pagi.Pakcik aku ambil aku kat SHah Alam,n than kitaorng pun bertolak lah blk kampung.Aku excited giler nak blk kampung,ditambah lagi dengan Pakcik aku dah beli keta baru,so lagi aku tumpang semangat nak blk kampung.Sepanjang perjalanan dr Shah Alam ke Terengganu boleh dikatakan hujan sepanjang perjalanan dan paling membosankan aku sepanjang perjalanan tu,kereta kat highway punyalah banyak di tambah lagi jalan banjir,so terpaksalah bwk slow2..dan menyebabkan jalan jam dan kitaorng lambat sampai ke Terengganu.Walaupun lambat,tp Allahamdullilah sampai jugak aku beraya kat kampung...seronok..
So bila aku sampai kat kampung,makcik aku yang tinggal kat Sg Sungai Buloh n Klang pun blk jugak..Sebabnya anak makcik aku yang kat Sungai Buloh tu si Aiman n Qayyum nak bersunat,so diorng bercadang nak buat kenduri raya korban kedua.Ditambah pulak nenek aku korban sekor lembu tahun nie..lagi lah meriah..
So kat sini aku selitkan pic2 sekitar berlangsungnya penyembelihan lembu korban n pic aku bersama makcik2 kesayangan aku..Usha lah..


Sekitar tempat penyembelihan lembu..Kitaorg br je sampai


Nie lah lembu yang akan dikorban kan..Cian dia..


Saat yang ditunggu-tunggu..Sayu rasanya

Berkorban...(time nie aku hampir nak muntah,byk sangat darah)

Makcik-makcik gua..Ayu lagi nie..




Monday, December 1, 2008

Minggu persiapan Djam

Hari-hari yang berlalu,semakin rancak,event yang bakal disebut-sebut semakin dekat.Debaran dan persiapan untuk Djam Asean 2008 semakin rancak,semua biro skrg nie bertungkus-lumus berusaha supaya event yang berlangsung dapat berjalan dengan jayanya...Buat crew2,berusahalah..cayok2..ada pic-pic yang bdk crew yang diambil oleh Siah
(Biro Information).

Meeting ngan staff


Sibuk Berkerja


Port Biro Multimedia

Aja n Epul meting kat Kopitiam

Aku n Aja..





















Monday, November 24, 2008

Dejam Asean 2008

Dejam Asean 2008


Sunday, November 16, 2008

Adakah itu Benar??

Perasaan yang hadir dalam diri untuk menyukai kini menjadi benci...Setelah ape yang aku dengar..membuatkan sedikit demi sedikit perasaan marah,benci aku mula membuak2..knp benda nie harus terjadi pada aku???Knp??
Memang bila aku pikir balik..its nonsense,tp tanggapan aku sebelum nie may b betul..dan hari ini mungkin menjadi sebahagian dari kenyataan.Entah..aku bingung...
Dari aku terus bermain dengan persoalan sebegini,lebih baik aku berdiam diri dan terus mencari jawapan sendiri,sehingga ia dapat diungkai satu demi satu..dan Jawapan itu akan menjawab soalan yang bermain di minda aku..Lupakan dia...

Thursday, November 13, 2008

Dan akhirnya..

Hari nie hari terakhir paper exam aku..wah sgt lega rasanya..tapi apakan daya...bila pikir pasal Djam (Design Jamboree 2008) berat rasanya kepala aku nie tp takpe lah..bukan aku yang handle sorang2,mujur ada yang membantu (dan aku harap mereka memabantu)..serius aku tak dpat handle sorang2 apatah lagi biro yang aku handle nie,skit agak berat lah Biro Media..dan di bawah biro aku ada lagi 4 biro iaitu Graphic,Information,Documentation dan Promotion...banyak yang perlu dilakukan..dan utuk pengetahuan semua,Djam akan ada blog sendiri satu hari nanti...semuanya dlm progress.. Esok adalah meeting pertama group bawah biro aku berkumpul,dan aku harap mereka yg aku hantar mesej ptg td hadir (kecuali yg dikecualikan).. Sungguh penat rasanya..bukan penat tubuh badan tp penat otak terlalu banyak berfikir...terutamanya Djam nie...tp aku dah anggap ini TANGGUNJAWAB aku..aku akan berusaha supaya event nie berlangsng dengan jayanya...Insyallah.